Thursday, 19 May 2016

JAILBREAK 9.3 ?


Ramai juga yang bertanya ,  betul ke Jailbreak iOS 9.3 dah ada ?

Buat masa ni jailbreak yang terbaru dan yang paling lengkap ialah iOS 9.0 - 9.1 sahaja . Untuk iOS 9.2.1 hanya separuh lengkap .

Pada peminat-peminat jailbreak boleh terus ke laman web Pangu untuk dapatkan info terkini berkenaan jailbreak .

#JJTelco

Wednesday, 18 May 2016

IMPORT SET atau MALAYSIA SET ?

IMPORT SET vs LOCAL SET
*************************************

Disebabkan terlalu ramai yang bertanya , apakah beza import set dengan local set ? Hari ni saya ingin berkongsi sedikit supaya anda semua lebih faham dan jelas berkenaan isu ni .

Bezanya hanya pada model yang tertera dekat dalam iPhone atau iPad anda sahaja . Setiap negara mempunyai 1 code model yang telah ditetapkan . Jadi setiap iPhone atau iPad anda akan mempunyai 1 sahaja code model didalam nya .

Contoh nya , untuk negara Malaysia code negara ialah MY/A . Manakala negara Singapura pula ZA/A .

Dekat mana nak lihat code negara ni? Boleh lihat dekat sini 👇

Setting > General > About > Model

Itu sahaja perbezaan nya , dari segi rupa bentuk , operating system dan lain-lain fungsi tiada apa-apa perbezaan .

Apa pula kelebihan import set ?

Kelebihannya pada harga , harga untuk import set adalah jauh lebih murah berbanding local set . Sebab itu kalau lihat dipasaran sekarang ni import set semakin maju di pasaran kita .

Import set dapat membantu para pengguna mendapatkan smartphone yang berkualiti tinggi dengan harga yang terbaik .

Belajar sesuatu ?

#Share lelaju bagi orang ramai tahu
#JJTelco